Tuesday, May 3, 2011

Sifat Marah

Dalam setiap individu ada sifat marah. Sebagai individu yang rasional, kita harus kawal perasaan marah kita. Marah itu pada saat-saat tertentu diperlukan, ia membantu melahirkan seseorang pemimpin dan hero di tengah masyarakat. Sekiranya kita hendak melepaskan kemarahan kita, lepaskan dalam bentuk kesungguhan, kegigihan, kerja keras, atau semangat mengatasi orang lain. Oleh itu, Tentang Itu Ini ingin kongsi bersama tips atau cara menangani perasaan marah oleh Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah.

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang lambat marahnya dan segera reda bila sudah marah. Dan sejahat-jahat manusia ialah yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu." - Hadis Rasulullah s.a.w


Tanda Seorang Muslim Sejati
  • Teguh agama.
  • Lemah-lembut kelakuan.
  • Penuh iman.
  • Yakin.
  • Berilmu pengetahuan.
  • Bertoleransi.
  • Berbelas kasihan.
  • Selalu memberi dengan hak.
  • Tidak boros walaupun kaya.
  • Murah hati walaupun miskin.
  • Berbuat baik walaupun berkuasa.
  • Menanggung kesusahan bersama kawan-kawan.
  • Bersabar dalam kesusahan.
  • Tidak dikuasai kemarahan.
  • Tidak menurutkan perasaan.
  • Tidak dipengaruhi nafsu syahwat.

"(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." - (Ali Imran: 134)


Hikmah Menahan Marah
  • Mengelakkan hasad dengki.
  • Mengelak dendam.
  • Mengelak benci-membenci.
  • Mengelak buruk sangka.
  • Dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
  • Menjadi pemaaf.
  • Bertolak ansur.
  • Berlapang dada.
  • Melahirkan kemesraan.
  • Berkasih sayang.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan meredakan. Tidakkah kamu suka sekiranya Allah mengampuni dosa kamu, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Penyayang." - (Al-Nur)


Tips Mengelak Marah
  • Beristighfar dengan menyebut; Astaghfirullah hal azim.
  • Jangan menimbulkan perkara yang provokaktif.
  • Jangan menambahkan kemarahan orang lain.
  • Iyakan atau benarkan buat sementara waktu hujah orang yang sedang marah. Jangan lakukan sebaliknya.
  • Segera ingat bahawa marah bukan jalan penyelesaian.
  • Segera ingat bahawa marah bukan cara bertindak yang berakhlak dan bertamadun.
  • Segera memperlahankan dan merendahkan intonasi suara.
  • Jangan memandang muka orang yang anda sedang marah.
  • Jika terpaksa sebagai jalan akhir, lepaskan tenaga marah anda yang membuak-buak dengan menubuk dinding misalnya.

"Matilah kamu kerana kemarahanmu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati." - (Surah Ali Imran: 119)


Kesan Marah
  • Mudah menerima penyakit; cepat tua, sakit jantung, darah tinggi, jangkitan kuman.
  • Mudah kena selsema, batuk dan sakit otot.
  • Tulang rusuk mudah rapuh; selalu dihadapi kaum wanita, risiko bagi yg semakin lanjut usia.
  • Mematikan syahwat.
  • Merangsang tabiat buruk; merokok, mengambil dadah, minum arak, memandu dengan bahaya.
  • Wajah menjadi hodoh.
  • Hati menjadi kotor; kerana pemarah itu sifat syaitan.
  • Susah untuk kusyuk dalam solat.
  • Pintu rezeki ditutup; apabila hati kotor, doa susah hendak makbul menyebabkan rezeki tersekat dan rahmat-Nya juga begitu.
  • Hidayah tidak turun; apabila dipengaruhi marah, hilanglah pedoman dan pertimbangan. Hidayah tidak singgah di hati.
  • Rumahtangga hancur; persefahaman antara pasangan luntur, anak-anak hilang perhatian, kasih sayang berkurangan.
  • Anak-anak tergugat emosinya; kerana ibu bapa pemarah - anak-anak jadi penakut, pemberontak, rendah diri, kurang disiplin, suka bergaduh.
  • Persahabatan tergugat dan mungkin putus.


5 Ciri Utama Peribadi Mulia Yang Boleh Lahir Dari Solat
  • Disiplin
  • Berani
  • Sabar
  • Rajin
  • Berjiwa besar


Solat Berjemaah Di Masjid Melatih Kita Untuk Menundukkan Perasaan Marah
  • Kita berinteraksi dengan ramai orang.
  • Kita melakukan ibadah bersama tanpa apa kepentingan peribadi.
  • Kita akur kepada perindah imam.
  • Allah menjanjikan pahala 27 kali ganda.


Merawat Marah Dengan Al-Quran

Al-Quran adalah ubat bagi segala penyakit hati termasuk sifat marah. Tetapi dengan syarat kita memahami, menghayati serta beramal dengannya.

Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah berkata dalam kitab Attuhfah al-'Iraqiyyah Fil Akmal al-Qalbiyyah:


"Al-Quran merupakan penawar bagi hati. Al-Quran boleh menghapuskan penyakit-penyakit syubahat, dan kebatilan. Di dalamnya juga ada hikmah-hikmah, kisah-kisah teladan dan pengajaran-pengajaran yang boleh menyucikan hati. Maka hati akan cinta kepada petunjuk Allah s.w.t. Al-Quran juga boleh menghapuskan keinginan-keinginan yang tidak baik. Hati memperolehi makanan rohaninya daripada iman dan al-Quran."


Petua Berkesan Menangani Marah

Musnahkan:
  • Ego / bangga diri
  • Sombong / takabur
  • Pentingkan diri
  • Mencintai dunia
  • Hasad dengki
  • Buruk sangka
  • Bergurau berlebihan
  • Lain-lain sifat negatif


Merawat Marah Secara Amali
  • Baca Ta'awwuz
  • Mengubah posisi; jika sedang berdiri, cubalah duduk; jika duduk cubalah berdiri.
  • Mengambil wuduk
  • Diam
  • Banyakkan berzikir; istighfar, selawat, zikir fatimah, Asma'ul Husna.
  • Melakukan amalan-amalan yang menambahkan keimanan dan mendidik jiwa; solat taubat, baca al-Quran, puasa sunat, membayar zakat dengan sempurna, melakukan haji dan umrah, bersedekah, menolong orang, membuat kebajikan, berpesan kepada orang lain agar sentiasa berbuat baik.
  • Minum air dan baca doa dengan penuh kusyuk
  • Baiki cara pernafasan; cuba bernafas dengan cara berimpak, menarik nafas melalui hidung dengan 7 kiraan. Tahan sampai kiraan 14, kemudian lepaskan melalui mulut atau hidung, secara perlahan-lahan. lakukan sebanyak 10 kali.
  • Menjaga diet pemakanan; makan sayur-sayuran mentah, kurangkan makan daging merah dan banaykkan makan daging putih, banyakkan makan buah-buahan sebelum makan benda-benda lain, jangan makan benda-benda yang ada bahan pengawet.
  • Lakukan kegiatan fizikal semasa suhu naik; bersenam.
  • Ubah kepada aktiviti lain; mendengar lagu, muzik, melihat sekeliling, perhatikan jenama-jenama kereta yang lalu; apa sahaja agar tidak mudah bosan dan marah.

"Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Murah Hati. Allah malu bila ada hamba-Nya yang menadahkan tangan, lalu dibiarkannya kosong dan kecewa." - Hadis riwayat al-Hakim


Doa Mengawal Marah
  • Membaca Ta'awwuz
  • Membaca Al-Fatihah
  • Doa Nabi Ibrahim
  • Doa Nabi Daud
  • Doa Surah Al-Hasyr
  • Ayat Kursi
  • Ayat Seribu Dinar


Doa Nabi Daud (Al-Syura:19)









Al-Fatihah



















Al-Hasyr
:21-23




















Doa Nabi Ibrahim (Al-Anbiya:69)








Ayatul Kursi (Al-Baqarah:225)


















Ayat Seribu Dinar
(Al-Talaq:2-3)



















Ta'awwuz







No comments:

Post a Comment