Thursday, May 12, 2011

Berdoa

Adab-Adab Berdoa
  1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwudhuk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
  2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah.
  3. Duduk dan mengadap ke kiblat.
  4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesalahan yang telah dilakukan.
  5. Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukan semata-mata membaca doa.
  6. Berdoa dengan penuh kusyuk, tawadhuk dan merendahkan suara.
  7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
  8. Mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
  9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian atau pekerjaan.
  10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Waktu Terbaik Berdoa
  1. Sesudah mengambil wudhuk.
  2. Ketika azan dilaungkan untuk solat dan selepasnya.
  3. Di antara waktu azan dan iqamah.
  4. Ketika iktidal yang terakhir dalam solat.
  5. Ketika sujud, terutamanya ketika sujud yang terakhir dalam solat.
  6. Sesudah solat fardhu 5 waktu.
  7. Di antara 2 mimbar sesusah khutbah pertama.
  8. Sesudah imam membaca "waladh-dhoooolin".
  9. Ketika kaum muslimin berkumpul dalam satu majlis.
  10. Pada larut malam, terutamanya di sepertiga akhir malam.
  11. Pada waktu sahur, sebelum fajar.
  12. Setelah membaca atau setelah khatam al-Quran.
  13. Ketika wukuf di Arafah, ketika mengerjakan tawaf dan mengerjakan saie.
  14. Ketika minum air zam-zam.
  15. Ketika mengunjungi orang sakit.
  16. Ketika hujan turun amat lebat.
  17. Waktu perbuasa dan hampir berbuka.
  18. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.

Tempat Terbaik Berdoa
  1. Di rumah sendiri.
  2. Di Multazam, Masjidil Haram.
  3. Di Makan Nabi Ibrahim a.s.
  4. Dalam Hijr Ismail a.s.
  5. Di Bukit Safa dan Marwah.
  6. Di raudhah Masjid Nabi (Masjid Nabawi).
  7. Di masjid dan surau.
  8. Dalam Masjidil Haram di kala melihat Ka'abah atau di sisinya.
  9. Di tempat-tempat wajib haji seperti Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga jamrah.
  10. Di dalam dan sesudah majlis pengajian, majlis ilmu, syarahan dan zikir.

Bulan Terbaik Untuk Berdoa
  1. Rejab
  2. Syaaban
  3. Ramadhan
  4. Zulhijjah (Bulan Haji)

Hari Terbaik Berdoa
  1. Malam Jumaat dan siangnya.
  2. Malam Hari Raya dan siangnya.
  3. Malam Lailatul Qadar.
  4. Malam Isra' Mikraj.
  5. Malam Nisfu Syaaban.
  6. Malam pertama bulan Rejab.
  7. Hari Arafah.

Kenapa Mustajab Doa Pada Hari Jumaat?

Kerana pada hari Jumaat...
  • Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Allah menurunkan Nabi Adam a.s. ke bumi.
  • Nabi Adam a.s. wafat.
  • Ada saat mustajab di mana setiap orang yang berdoa di saat itu akan dimakbulkan Allah s.w.t. melainkan meminta yang haram.
  • Berlakunya kiamat.

Source: Motivasi Diri - Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

No comments:

Post a Comment