Monday, May 30, 2011

Qiamullail

"Menghidupkan Malam Hari"


Definisi
Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya. Ibadah Qiamullail sangat digalakkan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.


Fakta
Imam Syafie pernah menunaikan solat fardhu isyak dan juga fardhu subuh dengan menggunakan satu wudhu'. Beliau berqiamullail sepanjang malam. "Demi Allah, kalau kita nak kepada Allah, Allah akan sayang pada kita", - Imam Syafie.


"Amalan sunat adalah pintu kepada keredhaan Allah".


Allah sayang kita dengan 3 cara
1. Allah berikan istiqamah yang berterusan kepada kita; konsentrasi / rasa untuk beramal secara berterusan.
2. Diberi pintu-pintu keampunan atau taubat siang dan malam; manusia pun akan banyak beristighfar, melakukan solat taubat.
3. Dia timbulkan rasa kasih sayang kita untuk Nabi Muhammad s.a.w; manusia akan banyak berselawat (ubatilah rasa resah, tidak tenang, gundah-gulana dengan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w).


"Sesiapa yang cari tempat bergantung kepada Allah,
Allah akan beri tempat untuk dia bergantung" - Hadith Nabi.


Berdoa
Berdoalah agar kita dapat menunaikan qiamullail kekal sehingga tua / akhir hayat.


"Sesungguhnya ada satu masa di tengah malam itu iaitu masa yang berkat,
yang doanya akan dimakbulkan Allah s.w.t." - Hadith Nabi.


Faktor-Faktor Memudahkan Qiamullail
1. Sukar, kecuali orang yang diberi taufik / hidayah.
2. Faktor-faktor luaran yang perlu dijaga bagi memudahkan Qiamullail:
  • Jangan makan terlalu banyak (akan mengantuk / tidur lebih).
  • Jangan penatkan diri dengan terlalu banyak bekerja di siang hari.
  • Berehat atau tidur seketika antara waktu selepas zuhur dengan sebelum waktu asar.
  • Menjauhi dosa-dosa kecil atau besar.
3. Faktor-faktor dalaman yang perlu dijaga bagi memudahkan Qiamullail:
  • Kosongkan hati, bersihkan hati. Berusaha untuk tidak bermusuh, putus silaturrahim, benci, marah, etc.
  • Selalu untuk rasa takutkan Allah / fikirkan azab Allah kepada kita.

"Tidak akan masuk syurga bagi orang yang putuskan hubungan".


Source: Ceramah - Ustaz Roslan Mohamed

No comments:

Post a Comment